
Kemudian, saya terbaca ulasan di Freeware Genius tentang sebuah software yang menakjubkan (ayat tak bleh blah, tapi betul ni ^^), iaitu Everything. Seperti namanya, Everything mampu mencari segala fail yang terkandung dalam komputer anda. Sebaik sahaja anda menaipkan nama fail yang ingin anda cari, Everything akan terus memaparkan hasil carian.
Kebiasaannya, software seperti ini akan mengambil masa yang lama untuk mengindeks semua fail yang terkandung dalam PC anda, contohnya Google Desktop dan Locate32. Namun, Everything melakukannya dalam masa yang singkat, tak sampai 10 saat di komputer saya. Ini membuatkan saya hairan dan kagum dengan kepantasan yang ditunjukkan oleh Everything.
Kini, saya bukan sahaja menggunakan Everything untuk mencari fail yang saya tak tahu mana letaknya; malah saya juga turut menggunakannya untuk melancarkan fail atau folder dengan cepat, kerana tak ingin membuang masa untuk klik folder satu-persatu melalui My Computer. Dengan kombinasi Launchy untuk melancarkan program, penggunaan komputer saya menjadi lebih produktif!
Everything hanya berfungsi dengan partition yang menggunakan NTFS. Anda boleh dapatkan Everything di sini.
0 comments:
Post a Comment