xplorer2 lite – Pengganti Windows Explorer Yang Kecil Dan Pantas


Setelah selalu menggunakan dual-pane file manager, saya dapati ianya telah sebati dengan urusan harian komputer saya. Jarang sekali saya membuka folder dengan cara biasa, iaitu dengan Windows Explorer.

Dulu saya ada menulis sebuah artikel tentang FreeCommander, sebuah dual-pane file manager yang mempunyai pelbagai fungsi. FreeCommander ini sememangnya hebat, namun ianya agak lambat sedikit untuk dibuka. Jadi kini saya telah bertukar kepada xplorer2 lite. Fungsi yang diberikan oleh xplorer2 lite tidak setanding dengan FreeCommander, namun ianya lebih cepat untuk dilancarkan (bezanya hanya beberapa saat sahaja, tapi masih penting buat saya ^^).

xplorer-01

Bookmarks

Fungsi paling berguna yang diberikan oleh mana-mana file manager adalah Bookmarks. Fungsi Bookmarks membolehkan anda pergi kepada folder kegemaran anda dengan pantas. Dalam xplorer2 lite, anda boleh tetapkan shortcut key kepada folder-folder kegemaran anda. Tidak perlu lagi klik satu-persatu dalam My Computer untuk pergi ke satu-satu folder, terutamanya folder yang terletak jauh di dalam folder-folder lain.

xplorer-02

xplorer-03

Salin dan Pindahkan Fail

Dual-pane bermaksud program tersebut mempunyai dua bahagian. Seperti yang anda lihat pada xplorer2 lite, terdapat dua bahagian untuk folder. Ini memudahkan anda membuat sebarang operasi di antara dua folder. Tekan F5 untuk menyalin fail ke bahagian yang lagi satu, dan F6 untuk memindahkan fail. Adanya dua bahagian ini memang amat memudahkan pengurusan fail-fail dalam komputer anda.

xplorer-05

Antara Fungsi-fungsi Lain

Jika anda ingin masukkan path satu-satu folder ke dalam command prompt, anda boleh copy ia terus dari xplorer2 lite.

xplorer-04

Antara shortcut lain yang kerap digunakan adalah F7 untuk buat satu fail baru, dan F8 untuk buat satu folder baru. Terdapat banyak lagi fungsi yang anda boleh terokai dalam xplorer2 lite untuk meningkatkan produktiviti anda. xplorer2 lite juga amat kecil (hanya satu fail sahaja) dan senang dibawa bersama di dalam USB drive.

0 comments:

Post a Comment